Monday, January 2, 2012

let the brain work.

Assalamualaikum well hello there :D
Oh yeah wishing you happy new year and may this year will be awesome,amin :)
Okay now lemme write this in our mother tongue language. I wanna confess something but macamlah korang baca haha.
Please take note that ini hanya pendapat seorang remaja berbangsa Melayu berstatus warganegara Malaysia bukan penyokong mana mana pihak.

Di kesempatan ini ingin ku panjatkan rasa syukurku dan rasa bangga diriku menjadi rakyat Malaysia kerana keteguhan ekonominya, keutuhan perpaduannya serta anugerah yang telah diberi oleh Allah ke atas tanah melayu, Alhamdulillah. Aku hanyalah seorang remaja yang mementingkan kesempurnaan. Suara remaja ku lantang bersuara namun di mata masyarakat aku hanya seorang remaja yang kuat sosialnya serta tidak matang dan masih belum layak untuk menyuarakan pendapat dalam semua hal khususnya bidang politik. Benar, aku masih memerlukan banyak bimbingan, aku punyai lambakan kelemahan dan ilmuku lebih halus daripada zarah namun ia bukan suatu musabab yang munasabah. Aku punyai akal, aku punyai hati, aku punyai perasaan. Hak aku sebagai rakyat,pelajar,remaja dan manusia telah di diskriminasikan. Oh Tuhan mengapa semua ini terjadi? Semua mahukan yang terbaik, aku juga begitu kerana aku juga manusia. Bukan wang yang aku kejarkan, bukan harta mahupun kemewahan aku taksubkan, aku mahu suara kami sebagai seorang manusia dapat sampai ke telinga pihak yang diamanahkan untuk dilaksanakan. Ingatlah, amanah itu sangat berat untuk dilaksanakan, ingatlah juga sebelah kaki anda di neraka. Aku hanya menjalankan amanah Allah sebagai hambanya untuk saling mengingati bukan sebagai adi wira yang menyelamatkan gadis cantik seperti sering di tayangkan di media utama. Aku hanya suara kecil namun harus di ingat, sekecil-kecil Saidina Ali r.a juga berani mengapa bukan aku mencontohinya. Aku masih banyak lemahnya, terlalu banyak tapi ingatlah aku juga punyai anugerah yang telah diberikan sejak azali lagi. Hentikan diskriminasi, hentikan korupsi, hentikan kelalaian duniawi. Ini suara RAKYAT yang mahukan yang tebaik untuk negaranya, bukan suara PENYOKONG parti yang kuat dengan propaganda.
Aku remaja, aku manusia, aku hamba-Nya.
Usah pandang anak muda sebelah mata kerna kami penjana negara.